Pewarna Dan Perisa Word's Aira

Sunday, 3 March 2013

Novel Sebenarnya,Saya Isteri Dia,, Menerjah Slot Zehra Tv3 !!

weeeeee!!! sukenyeee lha zaman skrg ni kan,,dyeowg suke buat drama brdasarkan novel,, i like lurhh sbbnye ayra xdpt nk beli novel2 sesuke hati aje... dwet perlu dijage mehh =.=' uhuhu but now im shoo eppy coz novel Sebenarnya,Saya Isteri Dia bakal menerjah slot zehra tv3 !! wow boley tgk nimm~~

+ni novel+
Sinopsis novel nimm~ =
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
bgi drama,,pelakon utama nye ialah Izzue Islam n Tizz Zaqyah !!


jarangnya setiap cerite, watak hero lebih muda dari watak heroin..tp itulah cerita Sebenarnya,Saya Isteri Dia..

kpd hantu2 novel skalian,,kowg msty thu kan novel nim?nim antara novel trkenal sbb jln citer dye yg unik~

ayra sooo eppy to hear this good news.. =3 hehehe tp bile akan ditayangkan xtahu lagi..yg psti di slot zehra,,try2 lha tgk iklan2 tv3 ,, mne lha taw nnti dh kuar,kite lak yg terlepass..>.<'' xnk lhaa cenggitu!!
huahauhua.. ouke lha kan dyeowg nk masukkan kat tv3,,bru lha penghantu novel nim xperlu ssh pyh buang dwet nk beli nove.. ngehngehngeh... ^_^

No comments:

Post a Comment

Meh cini2.. komen2.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...