KUALA LUMPUR: Setakat
 ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan 
membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.
Menteri 
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja
 bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan
 antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta 
cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.
“KPM sedang 
meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk 
tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa 
danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan,” kata 
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis 
kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, 
Rabu.
Liang ingin 
tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan 
pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke 
sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.
Muhyiddin 
berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar 
serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan 
peralatan komunikasi di sekolah.
Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.
Pada Julai 
lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajarmembawa 
peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah 
bermulatahun depan.
Bagaimanapun,
 cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibubapa dan 
guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang 
lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Meh cini2.. komen2.. =D